Thursday, December 20, 2012

Story_Part : [ That's me ]

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia :)

Hari ini aku nak story mory pasal zaman kenakalan aku. hikhok. Yelaa, Time Form 1 & Form 2 kan still junior, so kena lah buat cara junior. Muka suci je. haha. lol. Okay, masa Form 3 pun still baik. Biasa lah, nak PMR kankan. So, naik je Form 4, keluar lah segala taring musang dan segala tanduk syaitonn. Muahahaha *evil laugh. Bila masa belajar je, aku mesti tak fokus. huhu. Meyh sini baca, apa yang aku buat kat kelas :)

First of all, waktu BM : Time karangan, cikgu suka bagi handout, suruh buat karangan. Tapi aku tak buat pun. Handout tu lari entah ke mana. huhu. Tapi aku suka time rumusan, sebab simple je kan ^^ Kalau time novel dan komsas, aku suka belajar sebab kawan-kawan aku yang buat pembentangan kat depan, lagi-lagi kalau giliran hanani dan lily buat pembentangan. Aku seronok dengar :) Then, aku tak suka time tatabahasa. Pfftt, ngantok siot. Zzzzzzz.  K pity me right? haha. Kalau aku tidur time tatabahasa, confirm deskmate aku pun tidur. Yeaahh, kami memang deskmate yang sangat shweeet. lololo ^^

BI : Aku suka yang part drama je ah. Sebab group aku menang. Yeaahhh! haha. Pastu dapat one group dengan my deskmate pulak tu, so senang lah nak discuss semua. hee :) As for me, English ni, so far so good lah. Okay je.

Math : One of my favourite subject :D Aku suka sangat-sangat subjek ni. Setakat ni tak pernah tidur ah masa cikgu ajar. Bila cikgu bagi handout, aku akan buat laju laju dan laju. Pastu bila dah siap, aku akan cakap kat deskmate aku, "Yanie, aku dah siap! Kau kalah." sambil buat muka bajet kat dia. haha. konon-konon aku lah juara. erk? memang aku ni mintak penampar tigaratusnampuloh darjah daripada dia. Tapi yanie watlek, watcool je dgn perangai aku ni. hahaha . 

Sejarah : Asal masuk kelas je, cikgu tanya soalan. Asal tanya soalan je, cikgu masuk kelas. Fuh, selalunya aku lah orang yang terakhir jawab soalan cikgu dan orang yang last dapat duduk -,- Sebab apa? Sebab jin pemalas dah bertapa dalam badan aku. Jadi, aku sangat malas nak baca buku sejarah. NOKTAH. hahaha. K good. Contohilah saya :P Tapi apa yang pasti, aku nak cikgu sejarah aku balik. Sila pulangkan cikgu sejarah saya. Hmm :/

Add math : Aku dengan deskmate aku memang tak akan tidur waktu add math. Pfftt, kalau aku tidur jugak, memang satu haprakk pun aku tak boleh jawab masa exam nanti. So, kena buka mata luas-luas bila belajar add math. That's why lah, aku hebat add math. ngeehehehe. lolololo. yucks. tiputipu  O_O

Fizik : Dalam 3 subjek sains yang aku amek, aku paling suka fizik. Sebab apa? Sebab aku dengan  my deskmate suka tengok cikgu fizik kiteorang. hahaha. Cikgu fizik kiteorang suka pakai baju yang lawa lawa. Baju kurung dia, tudung dia, semua lawa ah, cantik gila. So macam attract aku lah untuk dengar apa yang dia ajar :) hahaha. sengal kan ^^

Kimia : Masa awal tahun dulu-dulu, aku semangat gila belajar subjek ni, but now hampehh -.-' Aku faham masa cikgu ajar. *Angguk-angguk. Fahaaammm, cikgu! Tapi bila cikgu bagi exercise, haa jadah. Satu pun tak boleh jawab. Macam what the heck lah. Pastu, bila aku dah give up, aku mintak jawapan kat deskmate aku. Okay, senang kan kerja aku? huhuhu. Peace :)

Biologi : Aku tak berapa minat subjek ni. Tak habis-habis dengan FAKTA, FAKTA dan FAKTA! Puuiihh. Actually, aku nak jadi doktor, tapi aku tak minat subjek ni. Apakah? Boleh ke macam tu? Hmm, ape lah aku ni. Fuh fuh, kalau dah tak minat subjek ni, confirm ah homework pun diabaikan. Tak gitu? hahaha. Takpe, deskmate kan ada. Time assembly, copy paste je ah jawapan dia. Yuhuuuu :P

Pendidikan Alquran & Sunnah : Aku tak tahu ah kenapa, tapi aku selalu berkhayal bila belajar AQS. Lalalala~ Bila ustazah bagi soalan kat aku, baru lah aku kembali ke alam realiti. HAHA :)

Pendidikan Syariah Islamiah : Aku suka kacau deskmate aku time syariah. haha. Kalau tak pun, ajak kawan aku borak-borak. Pffttt, siot je aku ni. Aku kan duduk kat bahagian tepi tingkap kat kelas. So, pandang ah ke luar tingkap untuk menikmati keindahan ciptaan Allah :) Tetiba ada abang handsome lalu kat depan kelas. Fuh, kenyit mata. Say hye, say helloo. Hahahaha. lulz.

Bahasa Arab : Aku suka arab, tapi aku mesti tidur time arab. Huh! Bila dengar je ustazah beri salam "Assalamualaikum" *dengan nada ustazah. Automatik aku lemah semangat dan mata semakin sepet dan tidur terusss. And as usual, my beloved deskmate selalu tidur time arab. Tapi tapi kan, ustazah tak pernah perasan pun. K jealous -.- Tapi bila aku tersengguk je, ustazah mesti soal aku. Grrr, menyampah! -______-

Okay, tu semua masa zaman kenakalan aku. Zaman tak matang. But now dah matang sikit. SIKIT ah. hahaha. Jadi, moral of the story here, sila berikan tumpuan yang sepenuhnya ketika guru sedang mengajar dan siapkan homework anda :)

yang kecik-kecik molek tu ialah deskmate saya.
i love her very much :)

No comments: