Friday, October 31, 2014

Story_Part : [ Bertahanlah ]


Jam sudah menunjukkan jam 2.28 AM. Tetapi mata ini tidak mampu juga untuk lelap. Dalam ketenangan mengemas rak buku dan alat tulis, tiba-tiba terjumpa sesuatu yg tidak diduga. Helaian kertas yg membuatkan hati ini meruntun sayu. Mungkin pada suatu masa dahulu, aku membacanya dgn tahap keegoan yg melambung tinggi. Tetapi tidak utk hari ini. Butir-butir bicara di dalam helaian kertas itu betul2 menusuk kalbu. Seperti tidak percaya. Itu kah aku? Sungguh, jahil. Sudah bahagiakah diri ini saat melihat hatinya terluka? Jawapannya tidak. Betul lah kata orang, doa orang yang teraniaya itu dimakbulkan Allah. Buktinya, aku sendiri sdg mengalami apa yg pernah dia rasa suatu ketika dahulu. Ye, sakit.

Seseorang. Aku pernah mempertikaikan mengapa aku harus bertemu dgn dirinya. Aku pernah membenci dirinya suatu ketika dahulu. Kebencian yg disebabkan salah diri sendiri. Oh apakah? Dan aku juga pernah mempersoalkan kpd Tuan Punya Dunia, apa hikmah Dia pertemukan aku dgn dirinya? Sampai lah detik ini, baru ku menyedari bahawa seseorang itu lah yang banyak mengajar aku erti kehidupan meskipun hanya seketika cuma. Ye, Allah tidak menciptakan sesuatu itu sia-sia. Setiap apa yg berlaku itu pasti ada hikmahnya. 

Daripada seseorang itu, aku belajar sesuatu. Aku belajar agar sabar dan tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Seseorang yang ku kira, menjadi pendengar setia apabila aku ditimpa masalah. Seseorang yang sering menasihati aku, tika kadar emosi ini tidak stabil. Seseorang yang menjadi sumber inspirasi aku utk belajar malah seseorang yang menjadi pendorong aku untuk berjaya dlm peperiksaan besar suatu ketika dahulu. Seseorang yang sabar melayan karenah aku. Dan seseorang yang selalu mengajak aku kepada kebaikan. 

Melalui sikap seseorang itu lah, aku aplikasikan dlm kehidupan seharian tika ini. Dan di kala mata tidak dapat lelap, seseorang itu lah yg menjadi topik throwback aku bersama-sama rakan2 baik ku. Itu bukan bermaksud aku tak boleh move on. Aku sudah lama move on, namun aku ingin ucapkan terima kasih kpd Ya Rahman kerana meminjamkan seseorang itu kepada aku utk seketika cuma. Seseorang yang mengajar aku bahawa hidup ini seperti roda, tidak selalunya kita akan berada di atas dan akan tiba satu saat, di mana kita akan berada di bawah. 

Pesanan ku padamu, terima kasih atas segala yg kau telah berikan kepada diri ini. Moga Allah menjagamu. Dan ku hanya mampu kirimkan doa buatmu, agar kau sentiasa bahagia dan berjumpa dgn seseorang yang jauh lebih baik bagi mengubati hatimu yg duka itu. Sungguh, aku insan yang kerdil. Maafkan diri yg lemah ini. 

"2 sebab Allah temukan kita dengan seseorang"
"Ujian untuk kita"
"Dia jodoh kita"

Buat detik ini, ku sudah terima jawapan bagi persoalan yg ku cari-cari selama ini. Dan jawapannya ialah "ujian untuk aku". 

Pengajarannya, jangan pernah menyalahkan takdir atas pertemuan yang berlaku.

Allah uji sebab Allah sayang,
Allah uji sebab nak mendidik,
Allah uji sebab nak menguatkan hati hamba-hamba-Nya,
Allah uji sebab nak mendekatkan diri kita kepada-Nya.

Sampai di sini dahulu coretan ku. Wasalam.

No comments: