Thursday, November 27, 2014

Story_Part : [ Mujahadah itu pahit ]


"Dari tak pakai tudung. Mula memakai tudung."
"Dari tudung singkat. Mula melabuhkan tudung."
"Dari labuhkan tudung. Mula melabuhkan lagi dan lagi."
"Dari tangan terdedah. Mula ditutup baju lengan panjang."
"Dari ditutup dengan baju. Mula pakai sarung tangan."
"Dari kaki terbuka. Mula tutup biar tak terdedah."

Bait-bait kata di atas membuatkan Aisyah termenung sejenak. Ye bukan mudah untuk Aisyah sampai ke tahap itu. Penghijrahan itu perit. Mujahadah itu pahit. Tapi semua itu perlu ditempuh kerana syurga Allah itu mahal. Hampir dua bulan cuti sem dan selama itu lah Aisyah lebih memilih untuk terperuk di dalam bilik bagi melepaskan luka-luka kehidupan tika terasa masinnya dunia. Ahh sungguh Aisyah tak kuat. Kesakitan yg dialami sejak zaman sekolah menengah, membuatkan dia rasa tak kuat nak menjalani kehidupan yg mendatang. Hanya Allah je yg tahu mcm mana luluhnya hatinya saat mengetahui penyakitnya. Di kala cuti sem ini, Aisyah hanya mampu bangkit tatkala waktu untuk bekerja tiba. Itu pun terasa berat seluruh tubuh. Lepas pulang bekerja, matanya tidak mampu untuk lelap. Masa berlalu pergi, hari berganti hari. Rutin hariannya tetap sama. Hanya mampu melelapkan mata selepas menunaikan solat subuh.

Namun, Aisyah telah sedar bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Dia harus bangkit bagi menghadapi liku-liku kehidupan. Kehadiran 4 orang sahabat dalam hidupnya telah membantunya untuk bangkit sedikit demi sedikit. Sahabatnya tidak jemu untuk forward segala nasihat di whatsapp hari demi hari. Meskipun nasihat itu kadang-kadang betul2 terkena batang hidungnya sendiri. Dia hanya mendiamkan diri. Benar, apabila mengimbas kembali hidupnya yang dulu, sungguh jahil. Aurat tak terjaga. Solat tak jaga. Akhlak entah ke mana. Makna ikhtilat pun tidak mengerti. Dan dosa bertaburan ibarat bintang yang bertaburan di langit pada waktu malam. Dia bukan berasal daripada keluarga alim ulama. Dan kurang mendapat tarbiah drpd kecil. Hanya insan biasa dan hanya berpeluang menjadi pelajar aliran agama selama 3 tahun. Di zaman universiti, Aisyah tercari-cari di mana program usrah? Tiada lagi program naqib naqibah. Tidak lagi kedengaran butir-butir bicara daripada para asatizah. Tiada lagi program qiamulail bersama-sama rakan seperjuangan. Tidak lagi kedengaran suara merdu mualimah mengajar taranum, qiraat, tajwid dan hafazan. Tidak lagi kedengaran mualimah mengajar kami bahasa syurga. Tidak lagi kedengaran kata-kata mutiara drpd akhawat yg dicintai. Tiada lagi. Semuanya sudah berlalu pergi.

'Sudah terlambat. Itu semua hanya tinggal kenangan, Aisyah." Bisik hati kecilnya. Aisyah sedar, dia terlalu lalai pada masa dahulu. Tidak menghargai apa yang ada di hadapan mata pada suatu ketika dahulu. Berpeluang belajar dalam kelas aliran agama tapi tak mengambil manfaat daripada apa yang dipelajari. Rugi sangat. Allahu :( Namun begitu, Aisyah harus tabah menghadapi kehidupan yg mendatang kerana hidup ini memang untuk diuji. So stay strong! Pesanan Aisyah kepada 4 orang sahabatnya, " Wahai kakanda dan adinda ku, pimpinlah daku menuju ke jalan syurga Allah. Sambutlah tanganku jika aku jatuh. Peluk lah daku di saat aku kesedihan. Sungguh aku memerlukan kekuatan drpd kalian supaya aku tak rebah dan tak tersungkur semula. Sungguh, aku lemah. Aku tak setabah kalian. Masih ada satu hal yg tak mampu ku tinggalkan setakat ini. Dan aku sememangnya perlu membina tembok kekuatan bagi meninggalkan perkara itu. Allah, bantu lah aku." Hati Aisyah meruntun sayu. Dia sedar masih banyak cacat cela pada dirinya. Dan Aisyah berharap dia dikurniakan ikhlas dan istiqamah dlm melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. 

Akhir kata, nasihati aku di kala kita hanya berdua, jangan meluruskan aku di tengah ramai. Sebab nasihat di depan banyak manusia, terasa bagai hinaan yang membuat hatiku terluka. -Imam Asy-Syafi'e-

No comments: