Thursday, January 1, 2015

Story_Part : [ Pelangi selepas hujan ]


Assalamualaikum and hello people :)

Okay memandangkan hari ni dah memasuki tahun baru iaitu 2015 masihi, maka diri ini ingin memohon maaf kepada semua sekiranya ada salah silap atau mengguriskan perasaan mana-mana pihak. Saya hanyalah insan kerdil yg tidak terlepas daripada melakukan dosa. Baiklah hari ni, aku nak cerita apa yang aku dah lalui sepanjang 2014 dan berusaha untuk ambil pengajaran daripada apa yang dah berlaku. 

Awal Januari 2014 hingga Mac 2014, setelah tamat alam persekolahan maka aku pun meluangkan hampir ke semua masa aku di tempat kerja. Bekerja sebagai cashier di sebuah pasar raya membuatkan aku faham erti pahit getir seorang ayah mencari nafkah untuk keluarga. Seriously, penat tak terkata. Tapi aku rasa puas sbb kau berpeluang nak beli apa je hasil titik peluh kau dan yang paling penting kau akan rasa tenang bila dapat berkongsi rezeki yg Allah bagi tu dgn parents kau. Pada bulan Mac jugak keputusan SPM diumumkan dan aku dapat 7A. Tipu lah kalau aku cakap aku tak sedih. Aku sedih sbb tak mampu buat mama dan ayah tersenyum bangga dgn result aku. Bila result diumumkan, perkara pertama yg aku cakap kat mama ialah "Mama, adik mintak maaf sbb tak dapat bagi hadiah straight A kat mama" Terus air mata aku mengalir dengan deras tika itu. Sebak weh. Tapi Allah itu Maha Baik. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. 

Awal April, aku pergi PLKN. PLKN ialah kenangan yang paling indah bagi aku. Aku tak pernah lagi pergi program sehebat PLKN. Serious talk, aku bersyukur sbb Allah pilih aku untuk merasai nikmat PLKN meskipun pada mula-mula hati ni berat nak pergi. Actually, PLKN taklah seteruk yang disangka. PLKN mengajar aku supaya jadi remaja yang tough, ajar aku erti persahabatan, kerjasama, tolak ansur, tolong-menolong dan banyak lagi lah. Banyak sgt kalau nak cerita. Haha. So PLKN, thanks a lot for the memories :)

Next, apabila kita terpaksa memilih apa yang terbaik untuk masa depan kita, itulah perkara yg sgt perit dalam hidup aku. Aku gagal darul Quran, aku gagal IPG. Aku rasa mcm lifeless gila time tu. Aku terfikir, teruk sgt ke result aku sampai semua institusi nak reject aku? Huh -.- Tapi selepas tu, aku dapat tawaran matrikulasi dan asasi undang-undang. Barulah aku nampak, Allah sedang uji kau, Ernie. Cuba sabar sikit. Akhirnya aku nampak hikmah tu. Selepas musyawarah, maka aku pun memilih untuk sambung belajar di uitm kuantan sebagai pre-law students. Beberapa minggu selepas tu, aku dapat tahu dia pun dpt belajar kat kuantan. Semua ni buat aku terfikir lagi, Ya Allah, dulu kau jauhkan kami, skrg makin dekat. Adakah ini juga ujian buat diriku? Allahurabbi, di satu sudut, hati ini melonjak kegembiraan tetapi di satu sudut hati ini risau memikirkan sbb aku takut aku tak kuat. Allahu ujian apa lagi ni Ya Allah. Mungkin Allah nak uji sama ada aku lebih memilih Sang Pencipta atau makhluknya dalam hati ini :'|

Menjadi seorang mahasiswi bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak onak dan duri terpaksa aku tempuh. Tipu lah kalau aku cakap aku tak alami culture shock tu. Tak usah menipu diri sendiri. Aku alami semua tu. Tapi aku bersyukur sbb Allah kurniakan aku sahabat-sahabat yang sangat baik iaitu my pretty girls, TLP. 4 orang sahabat baik yang aku sangat  sayang sbb aku rasa aku tak akan jumpa lagi sahabat mcm diorang kat mana-mana. Mereka lah yang banyak beri kesedaran ketuhanan kepada diri ini di saat aku berasa seronok di lembah kesesatan. Allahu :'( Pejam celik, pejam celik, aku berjaya habiskan sem satu dengan baiknya. Meskipun result final exam tak seberapa, tp Alhamdulillah, Allah tetap bantu insan yang kerdil ini. Ya, subjek law bukanlah sesuatu yang mudah. Namun harus ku tempuh demi melihat mama dan ayah tersenyum bangga dengan diri ini. 

Disember. Sem 2. Aku dapat sebilik dgn 3 orang sahabat yang kusayangi. Nikmat yg sgt berharga bagi diri ini. Meskipun tiya tak satu bilik dgn kami, tapi persahabatan kami tetap utuh. Sem dua merangkap sem terakhir aku di kuantan. Tak banyak yang aku pinta, aku cuma berharap aku dapat tebus balik result aku kat mama dan ayah. Dan nikmati sisa masa yang ada di kuantan dengan sahabat handai sekalian. Disebabkan 1 Muharam dah lepas, jadi amek peluang 2015 ni untuk jadi makhluk Allah yang lebih baik, cintakan Allah, Rasul dan ibu bapa. cintakan ilmu dan perjuangan. 

Sampai di sini sahaja perkongsian aku. Dan macam tak percaya diri ini sudah menginjak 19 tahun dan ajal juga semakin mengampiri. Turunkan kesedaran keegoan dan tingkatkan kesedaran ketuhanan kerana dunia ini hanya sementara. 18 tahun yang lalu, aku pernah tergelincir di longkang jahiliah. Sekarang aku cuba panjat kolah solehah. Doakan aku sentiasa istiqamah dan semoga kalian juga istiqamah. 2015, semoga hati ini semakin tabah, biiznillah. 

No comments: