Monday, June 8, 2015

Story_Part : [ 5 Damsels ]

Assalamualaikum semua :)

Okay lama gila tak update blog yg comel ni. Haha. Almost 6 months kauuu. Yela, sebelum ni sibuk dgn test, quiz, assignment, final exam. Tu yg busy semacam ala ala YB dan tak sempat lah nak update blog ni. Eheh. Alasan yg sudah basi. Buat pengetahuan semua,*acah-acah buat pengumuman*, aku tgh mereput kat rumah. Aku dh "graduate" from foundation of law. Kahkahkah. Taklah, i mean baru je tamat dprd asasi undang-undang dan sekarang kerja menanam anggur dan menternak lemak di rumah sementara menunggu panggilan ijazah pd bulan 9 ni. Fiuhhh dkt 5 bulan aku mereputs -.- Hmm awesome kan kerja aku? Hahaha lol :P

Hmm sebenarnya harini aku nak cerita pasal pahit manis aku bersahabat dengan 4 org insan yang unsound mind tahap infinity kat uitm kuantan. :P

Introducing to you all the 5 damsels or dazzlingdames or TLP yg super duper gojes zzzz :P


Alright first of all zaty, She is the first person I met during MDS which is minggu destini siswa and she is a very happy go lucky person. Masa first time aku jumpa dia tu, I could feel that aku boleh kamcing lah ngan dia sbb mmg sekepala ngan aku. Pastuu tgk2 aku dpt satu rumah ngan dia masa sem 1 dan semestinya satu bilik masa sem 2. Yuhuuu. Dia seorang kakak yg sgt baik terhadap 3 org adik lelakinya. Ehem. Hai kakak ipar. Hahaha. Dia seorang yg sgt penyayang dan suka berkelakuan mcm mak2 dan nenek2 sbb dia kuat sgt membebel kat kteorg if kteorg buat salah ke apa ke. But I know, she wants the best for us. Seorang yg sgt memahami setiap masalah aku. And yeahh last but not least, mempunyai hobi yg sama dgn aku iaitu tak layan cerita korea. Kahkahkah :)

Seterusnya, tiya. Tiya ni kwn gaduh aku. Dia ni kadang-kadang mood mcm tak stabil mana. Kejap2 okay, kejap2 bad mood. Hahaha. For second sem, dia duduk top floor dan bila bosan bosan aku mendaki lah sampai ke bilik dia pastu borak borak dan akhirnya aku akan tertidur kat katil dia. Hahaha sbb katil dia port yg paling best utk tidur. Sejukk dan nyaman je rasanya. Hihi. Tiya ni sebenarnya idola aku because I really adore her when she speaks in English. Aku suka lah cara kau pronounce, present semua. Haha tak tahu kenapa. Tp aku adore kau! Dahla comel lawa muka plolesss. Aku adore kau lah. Wuish ayat mengampu habis :P

The most rational friend that I ever have is Bat. Bat ni mmg seorang yg sgt rasional in every aspect. Hm tp ada jugak moment dia tak rational. Hahahaha yg pasti lawak gila bila tiba masa dia tak rasional. Hahahaha *Biarlah rahsia. Bat ni kwn aku utk throwback pada jam 2 or 3 pagi. Keluar lah segala cerita lampau zaman purba zaman mesolitik dan segala waktu dengannya. Actually, dgn throwback tu lah mampu menjadikan kita learn from mistakes. Kan? Ewah :) Bat pun sgt pandai english. I like! Kekadang tu english dia tinggi sgt. Aku mcm wuuuu hebat lah kau. Lagi2 bila bat buat puisi. Wush mantop.

Last but not least, asmaa'. Kawan yg sgt2 memahami aku, a good listener. Dan suka lah bagi ayat sentap2 dia tu kat aku. Kawan yg paling bising. Haha. Kalau dia takde dlm bilik mmg terasa mcm sunyi sikit ah bilik tu. Haha. Pastu kekadang tak matang. Dan aku rasa dia seorg yg sgt sabar melayan karenah aku. Walaupun aku selalu marah or gaduh ngan dia, nanti a few hours lepas tu akan baik semula. Kalau buat group assigments, mmg aku akan menghadap muka dia je lah. Dan yg aku paling kagum gila pasal asmaa' ni ialah dia siap cepat gila even terbangun lambat nak g kelas. Tu aku kagum. Kahkahkah.

Aku cuma nak cakap, terima kasih Ya Allah sbb pinjamkan aku kawan-kawan yg sgt baik masa kat universiti. Walaupun baru setahun kenal korang, aku sayang korang sangat sangat. I learn a lot from you, my girls. Friendship, loyalty, trust, love and many more. Seriously, korang banyak ajar aku erti tolak ansur dan sharing tu semua. Yelaa, aku kan dh biasa duduk sorg, so aku ni agak kedekut sikit nak kongsi brg ngan org lain. Hahaha lol lol. Tapi korg berjaya lah ajar aku supaya give and take dan tak berkira sgt. Yeahhhh satu pencapaian yg baik! Okay post kali ni mcm HAHAHAMBAR sbb dah 6 bulan tak post. Till then, love you all. Kbye.

Moga dapat graduate sama-sama 3 tahun akan datang! :)

No comments: