Monday, October 27, 2014

Story_Part : [ Persahabatan itu indah ]


Batrisyia. Ezatie. Ernie. Tiya. Asmaa'

"Bahagianya jika kita mempunyai sahabat yang sentiasa bersama-sama kita ketika susah dan senang dan sentiasa sedia mendengar cerita kita walaupun berulang-ulang kali."

Pertama kali menjejak kan kaki di Kuantan, hati tertanya-tanya, mampukah aku menjumpai sahabat seperti di zaman sekolah menengah ku dahulu? Hati sebak bila memikirkan. Tetapi Allah itu Maha Adil. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana memberikan aku sahabat2 yg sgt baik. Syukur tak terhingga kerana susah nak jumpa kawan seperti mereka pada zaman yang penuh kompetitif ini. Satu dalam seribu mungkin. Hmm.

Perkara yang paling bahagia ialah di saat kau menangis, tiada kekuatan utk bangkit, namun ada sahabat yang dtg peluk dan "meh, pinjam bahu aku''. Allahurabbi sungguh mulia hatimu, sahabat.

Di saat hati ini disakiti, aku hanya mampu mendiamkan diri kerana aku tak mampu nak memarahi dirinya. Pelik sungguh diriku ini. Dan akhirnya, air mata ini jatuh berderai kerana dirinya. Di saat itu juga, 4 insan ini, merapati diriku, berada di sisiku untuk sama-sama mendengar masalahku. Mereka sentiasa sabar dan tekun mendengar butir bicaraku, malah membantu aku untuk bangkit seperti anak kecil yg baru belajar bertatih. Merangkak-rangkak, berjalan jatuh, berjalan jatuh, berjalan dgn baik dan akhirnya aku mampu berlari. Setiap langkah, mereka mengiringi ku. Sebak diri ini bila mengingatkan kembali peristiwa itu. 

Perkara yg tak akan aku lupakan sampai skrg ialah di saat aku menggigil kesejukan dan memerlukan pelukan seorang ibu tika itu, hadirnya mereka di sisi. "Ernie, panasnya badan kau. Kau demam ni" Dengan serta merta dia mengambil kain tualanya yg lembut, direndamkan ke dalam air yg sejuk dan diletakkan di kepala ku yang mungkin sudah mencecah suhu yang agak tinggi. Menitis air mataku. Ya Rabbi, masih ada lagi insan semulia ini pada zaman sekarang. Sanggup berjaga malam untuk menjaga diriku, meskipun tiada ikatan darah.  Keesokan harinya, mereka sedia menemani ku ke klinik dan sanggup menunggu lama meskipun ketika itu ramai orang. Sekali lagi, sayu hati ini :(

Apabila final exam menjelang tiba, kami bertungkus lumus belajar bersama-sama. Dimulai dengan membuat nota-nota ringkas dan melalui perbincangan. Tak terasa masa telah berlalu apabila seharian berada di perpustakaan dan bilik diskusi. Seronok apabila dapat merasai suasana sebegitu. Di kalangan kami, aku adalah insan yg agak lambat dlm memahami subjek law. Hal ini kerana laras bahasa inggerisnya terlalu tinggi. Dan agak sukar bagi diriku utk memahaminya kerana diri ini terlalu cetek kosa kata dalam bahasa inggeris. Hmmm teruk sungguh diri ni. Namun hadirnya mereka, sedia membantu aku, menerangkan satu persatu apa yang aku tidak fahami. Sabar melayan karenah aku yg kadang2 terasa malas hendak study. Ingin ku ucapkan terima kasih kepada kalian, kerana rajin memaksa dan mengejutkan diriku utk bangun dari tidur utk study. Haha, yela mana taknya, ku katakan ingin tidur 10 minit, tetapi akhirnya terlajak hingga 10 jam. Hahaha teruk -.-

Sorang demi sorang diuji oleh Tuan Punya Dunia mengenai soal hati. Bagi orang lain, mungkin itu hanya ujian kecil tetapi tidak bagi kami. Kami mula mencari kekuatan hari demi hari. Menyibukkan diri dgn mengisi rohani yg terasa semakin kosong. Tersedar dari lena yg panjang, tersedar yg kita terlalu lalai & alpa. Terlupa yg hidup di dunia ini hanya sementara. Syukur diuji sebegini. Sahabat2 ku semakin kuat. Tetapi tidak bagiku, aku masih lagi membina kekuatan kerana hatiku ini masih rapuh. Tak tahu mengapa. Hati ini berbolak balik. Tapi akan ku usahakan agar hati ini boleh menjadi kental sekentalnya. 

Sesungguhya persahabatan ini sgt indah. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmatmu. Akhir kata, ''Sekali kamu bersahabat, biar kamu pegang persahabatan itu sampai mati. Persahabatan itu bukan selalu indah, ada masa suram, bergelora. Kalau kamu mengharapkan persahabatan yang sentiasa tenang, janganlah kamu bermimpi siang hari yang malamnya tidak pernah menjelma. 

Semoga Allah redha. Wasalam.

No comments: