Monday, October 13, 2014

Story_Part : [ Stay strong ]


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum and hello people. And yeahhh I'm back. Setelah sekian lama menyepi. Sekarang baru nak aktif semula update blog ku yg tercinta ini. Hihi. Semakin meningkat dewasa ini, ku merasakan terlalu sukar untuk aku menghadapi liku-liku kehidupan ini. Semakin hari, semakin banyak dugaan. Sungguh, aku tak kuat. Aku lemah. Sesungguhnya aku insan yang sgt kerdil. Allahurabbi :'(

I hate the moment when suddenly my anger turns into tears. Sigh ._.

Sumpah, aku tak suka bila perasaan macam ni datang. Disaat marah ini meluap-meluap untuk dilepaskan kepada seseorang, aku hanya mampu terpaku. Tak mampu untuk diluahkan segalanya. Sungguh, aku tak mampu. Hanya mampu memendam rasa kerana aku tak sampai hati nak marah. Aku keliru dgn diri sendiri. Betul lah, hati manusia ini berbolak-balik. Aku hanya membiarkan perkara itu berlalu tanpa membahaskannya. Sungguh, hati ini terluka. Tetapi jika ini apa yg aku patut rasa seperti yg dia rasa, aku redha. Sesungguhnya, apa yang kita buat, kita akan dapat. 

Kadang-kadang aku mengeluh sendirian dan berfikir sejenak, kenapa Allah pertemukan aku dgn dirinya. Bukan menyesal tetapi memikirkan sbb mengapa ia harus berlaku. Dan kenapa aku harus memilih antara dua yang baik. Mengapa ye? Entah mengapa air mata ini terlalu deras mengalir. Sebak, keliru dan bermacam-macam perasaan bercampur-baur and I think it is not fair to be treated in this way. Aku rasa ini satu diskriminasi terhadap diri ini. Sungguh, aku tak berdaya. Namun, apa yang aku boleh katakan, tak perlu mengeluh. Just go on with your life, Ernie. Allah tahu apa yang terbaik. Teruskan berdoa. Moga-moga itu yang terbaik buat dirimu.

...............

Sama ada melangkah ke kiri atau ke kanan, semuanya adalah berkaitan takdir. Sometimes when you turned left, you missed something on the right. And maybe if you turned right, you missed something on the left. Kenapa? Ada sebab Allah menjadikan jalan hidup ini begitu. Ada benda yang kita tak dapat walau kita dah cuba sehabis baik. But it is not a punishment. No, Allah does not hate you. Tak ada yang sia-sia. Kalau kita dapat sesuatu yang kita mahu, Alhamdulillah bersyukurlah. Kalau kita terlepas sesuatu, Astaghfirullah beristighfarlah, kerana kita hampir lupa bahawa hidup ini Dia yang mengatur. 

Kadang-kadang aku terfikir, Is loving someone that finally fall into others hand is a kind of waste?

Tak, mencintai tak pernah sia-sia. Kalau sempat dicintai dan mencintai, tersenyumlah kerana Allah mengajarkanmu apa itu bahagia. Kalau cintamu tidak terbalas, tetap juga tersenyum kerana Allah juga sedang mengajarkanmu apa itu ikhlas. It is not that worse, not to get something you really want. 

Pengajarannya, berjalanlah ke kiri atau pun ke kanan, dan apa jua yang kau jumpa di penghujungnya, bahagia atau kecewa, ia mengajarmu erti redha. Senyum, sapu air mata, dan nikmatilah jalan hidupmu :)

No comments: